Sunday 31 December 2017

Quran Saintifik

NAMA:

MUHAMMAD HAMIZAN BIN SUHAIMI     ---     02DTK17F1018

NIZAMIR BIN ZOLHISHAM     ---     02DTK17F1078

FARHAN BIN KAMARULZAMAN     ---     02DTK17F1039

PENSYARAH:

LIANA BINTI ABDUL SAMAT     ---     DUA2012


Meneroka Kecemerlangan Al-Quran Dalam Membina Peradaban Manusia





Pengenalan:

     Quran dan As-Sunnah telah memberikan sumbangan yang besar terhadap peradaban dan ketamadunan manusia.Antara sumbangan terbesar adalah petunjuk kepada kehidupan akidah yang sebenar,panduan melalui peraturan dan undang-undang dalam menjalani kehidupan seharian yang dinamakan syariat dan juga aspek pembinaan keperibadian manusia iaitu akhlak. Ketiga-tiga elemen ini iaitu akidah,syariat dan akhlak yang mampu membentuk peribadi insan yang sempurna merangkumi roh,akal dan jasad.Kertas kerja ini akan menyentuh mengenai sumbangan al-Quran dan As-Sunnah dalam pembinaan peradaban dan ketamadunan manusia,mengenengahkan kandungan al-Quran dan As-Sunnah berkaitan perkembangan era ketamadunan Islam,aspek keilmuan yang merupakan teras ketamadunan,aspek kehidupan manusia dalam bermasyarakat,aspek ekonomi , politik dan kenegaraan,aspek keadilan serta kecemerlangan dan aspek yang berkaitan dengan isu-isu semasa merangkumi isu keruntuhan sistem kekeluargan,isu rasuah,isu pencemaran dan isu pengabaian orang tua.


Pengenalan Kepada tamadun islam:


Tamadun Islam berbeza sama sekali dengan tamadun-tamadun lain yang wujud di dunia ini
kerana keseluruhan asas ketamadunan Islam berpaksikan kepada akidah tauhid, syariat dan akhlak. Tiga
matlamat utama tamadun Islam ialah pertamanya bagi menjamin hubungan manusia dengan Allah
(hablumminallah). Firman Allah swt yang bermaksud : Tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Kami” (Surah az-Zariyat : ayat 56). Keduanya bagi menjamin hubungan manusia
sesama manusia supaya kekal sejahtera dan harmoni. Firman Allah swt yang bermaksud : “Wahai
manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling kenal mengenali di antara satu sama lain….”
(Surah al-Hujurat : ayat 13). Dan ketiganya, untuk menjamin hubungan manusia dengan alam yang terdiri
daripada pelbagai hidupan, tumbuh-tumbuhan, udara, air, cahaya dan sebagainya. Firman Allah swt yang
bermaksud : Dan Dialah Allah yang telah menjadikan segala yang ada di bumi ini untuk kamu semua
(Surah al-Baqarah : ayat 29). “Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini” (Surah al-
Baqarah : ayat 11).

Dasar tamadun Islam adalah untuk memelihara keselamatan akidah, keselamatan jiwa dan nyawa,
keselamatan akal dan fikiran, keselamatan maruah dan keturunan, keselamatan harta benda dan
keselamatan hak dan kebebasan yang kesemuanya digariskan dengan lengkap di dalam al-Quran dan 
as-Sunnah.

AL-quran dan as-sunnah sumber peradaban:
Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber utama peradaban manusia di samping akal fikiran dan
dari tamadun-tamadun lain. Menurut Sardar (1989), tidak dapat dinafikan lagi bahawa, sumber premier
tamadun Islam serta evolusi pembentukan sains Islam di sekitar seratus tahun pertama hijrah, mempunyai
hubungan erat dengan epistemologi Pengajian Islam. Al-Quran dan as-Sunnah sarat dan padat dengan
rujukan dan anjuran serta dorongan terhadap umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisa
dan menganjurkan penggunaan akal semaksimum yang boleh untuk manafaatnya.


Segala kegiatan ketamadunan dan kemajuan yang dicipta, hendaklah mengikut lunas-lunas yang
telah ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, sesuatu pembaharuan yang dibuat secara umumnya boleh
dikatakan sebagai tamadun tetapi tidak boleh dikatakan tamadun Islam sekiranya terdapat pertentangan
dengan al-Quran dan as-Sunnah. Daripada al-Quran dan as-Sunnah dicerakinkan akidah, syariah dan
akhlak untuk dilaksanakan di dalam keseluruhan kehidupan manusia (Sulaiman, 1995).

Al-Quran dan as-sunnah:
Al-Quran adalah kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada nabi
Muhammad, ia diriwayatkan secara mutawatir, lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan dan
membacanya sahaja sudah dianggap ibadah. Ianya sumber asas dan paling utama dalam pembinaan
kehidupan dan ketamadunan, ianya mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah
perkembangannya.


Kitab al-Quran adalah kesinambungan daripada kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi
terdahulu sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : Katakanlah wahai orang-orang mukmin,
kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada
Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan anak cucunya, dan apa yang diturunkan kepada Musa dan Isa serta
apa yang diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seseorang di antara
mereka dan kami hanya tunduk dan patuh kepada-Nya” (Surah al-Baqarah : ayat 136).


As-Sunnah merupakan sumber asas kedua selepas al-Quran, ianya adalah sesuatu yang
disandarkan kepada nabi Muhammad saw samada perkataan, perbuatan atau pengakuan (persetujuan)
ataupun sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum dan selepas perlantikannya menjadi Rasulullah.
As-Sunnah merupakan penguat dan penyokong kepada apa yang terkandung di dalam al-Quran,
penghurai dan pentafsir apa yang umum di dalam al-Quran, mewujudkan bentuk-bentuk amali terhadap
prinsip-prinsip yang terdapat di dalam al-Quran merangkumi semua aspek. Firman Allah swt dalam surah
al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud : “…dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu,
maka terimalah serta amalkanlah dan apa jua yang dilarangnya maka kamu patuhilah larangan”.


Fungsi Al-Quran bagi kehidupan manusia:
1--  Sebagai pedoman dan petunjuk bagi kehidupan  manusia.
-----di dalam Al-Quran terdapat banyak petunjuk-petunjuk dan arahan tentang bagaimana hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia, hubungan kita dengan alam.

2-- Sebagai suatu peringatan bagi umat manusia.
-----di dalam Al-Quran terdapat banyak peringatan dan teguran bagi manusia agar tidak melakukan perbuatan maksiat.

3-- Sebagai penyejuk hati umat manusia.
-----Hidup di dunia ini banyak ujian dan cabaran .Semua itu membuat hati dan jiwa manusia sedih ,resah dan gelisah.

4-- Sebagai petunjuk tentang bagaimana tata cara beribadah kepada Allah dan tata cara bergaul dengan sesama makhluk Allah.
-----Di dalam Al-Quran Allah menjelaskan tentang tata cara beribadah kepada Allah, tata cara bergaul dengan sesama manusia dan alam lingkungan, dan tata cara menjaga martabat dan kedudukan manusia yang tinggi, baik dihadapan Allah SWT maupun dalam pandangan manusia.

Sumbangan islam dalam bidang ilmu:
Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelbagai bidang keilmuan, banyak
penyelidikan dilakukan dan ilmu telah berkembang dengan pesat berpandukan apa yang terkandung di
dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya adalah bidang-bidang berikut, dan sebahagian ayat al-Quran
yang memandunya adalah:

  • Bidang kimia
Firman Allah swt juga yang bermaksud : Dan kami ciptakan besi padanya
terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manafaat bagi manusia..” (al-Hadid : ayat 25) dan Dia itu
Tuhan yang menjadikan untukmu api dan kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu
itu” (Surah Yasin : ayat 80)
  • Bidang biologi
Firman Allah swt yang bermaksud : “…dan (ingatlah), engkau melihat bumi itu
kering, kemudian apa bila kami menurunkan hujan, bergeraklah tanah (dengan tumbuhan yang merecup
tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah
permai (Surah al-Hajj : ayat 5). Firman Allah swt yang bermaksud: Dan kami tundukkan binatang-
binatang itu untuk mereka, maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka
makan” (Surah Yasin : ayat 72)
  • Bidang fizik
Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Bawalah kepadaKu beberapa ketul besi,
sehingga apabila besi-besi itu menyamai tingginya dengan kedua gunung itu, dia berkata, hembuslah api,
ketika besi itu menjadi cair yang berapi, bawalah kepadaKu leburan, supaya ku tuang menjadi padu
(Surah al-Kahfi : ayat 96). “Allah yang menerangi langit dan bumi, perumpamaan vahaya tuhan ini ialah
seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca,
kaca itu seakan-akan bintang, yang dinyalakan dari minyak dari pokok yang banyak berkatnya, iaitu
zaitun yang bukan dari timur atau barat. Tuhan membimbing kepada cahayaNya sesiapa yang Dia
kehendaki, dan Tuhan membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah maha mengetahui segala
sesuatu” (Surah an-Nur : ayat 350). Firman Allah swt juga yang bermaksud : Tidak mungkin matahari
mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang, dan masing-masing beredar pada
garis edarnya” (Surah Yasin : ayat 40)
  • Bidang perubatan
 Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Dan Tuhanmu mewahyukan
kepada lebah, buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam-macam) bunga-bungaan dan buah-buahan dan
tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman
(madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi
orang-orang yang memikirkannya” (Surah an-Nahl : ayat 68-69).
  • Bidang botani
Firman Allah swt yang bermaksud: Dialah yang telah menurunkan air hujan
dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan
yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternak. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air
hujan, tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan bermacam-macam buah-buahan, sesungguhnya
padahal demikian itu tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikiran” (Surah an-Nahl : ayat 10-11).
Firman Allah swt yang bermaksud: Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya kami
menghalau (awan yang mengandungi air) ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan
itu tanam-tanaman” (Surah as-Sajdah : ayat 27
  • Bidang geografi
Firman Allah swt yang bermaksud: Dan dialah Allah yang
memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan
kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat bahtera belayar di
dalamnya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur (surah
al-Nahl : ayat 14). Firman Allah swt yang bermaksud: Allah yang telah memudahkan bagi kamu akan
lautan, supaya kamu boleh berjalan padanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu
boleh mencari daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan dia telah memudahkan
kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya” (Surah al-Jaatsiyah : ayat 12-13).

Fakta-fakta mengenai Al-Quran:

  •  Nuzul (penurunan) al-quran berlaku dalam dua peringkat, nuzul yang pertama berlaku sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Bailtul ‘Izzah di langit dunia. Manakala nuzul yang kedua pula berlaku secara beransur-ansur dari Baitul ‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w melalui malaikat Jibrail
  • Al-Quran diturunkan pada bulan ramadhan tetapi terdapat beberapa pendapat tentang bila tarikh penurunannya. Antara pendapat ulama adalah diantara 17, 21 dan 24 ramadhan di Gua Hira’.
  • Terdapat juga perbezaan pendapat tentang ayat pertama yang diturunkan namun pendapat yang paling masyhur adalah surah al-Alaq ayat 1-5.
  • Al-Quran diwahyukan kepada rasulullah secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun dalam dua fasa.
  • Semasa hayat rasulullah, al-quran selain dihafaz, ianya juga ditulis di pelepah kurma, lempengan batu, kulit atau daun kayu, pelana dan potongan tulang-belulang haiwan.
  • Mushaf ini disalin sebanyak tujuh salinan dan dihantar ke Mekkah, Syam, Yaman, Bahrain, Bashrah dan Kufah. Manakala satu lagi salinan disimpan di Madinah. Mushaf ini dikenali sebagai rasm (penulisan) Uthmani.
  • Al-Quran dibahagikan kepada 30 juz’ dan 114 surah. Manakala ayatnya pula ulama berbeza pendapat dalam hal ini. Ada yang mengatakan, 6014, 6204, 6219, 6225, 6226 dan 6236 ayat. Ini berlaku kerana cara pengiraan ayat itu yang berbeza-beza.

Firman Allah:
Firman  Allah swt  yang  bermaksud:  “wahai  manusia,  sesungguhnya Kami  telah menciptakan kamu  daripada  seorang  lelaki  dan  seorang  wanita,  lalu  kami jadikan  kamu  berbangsa-bangsa  dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu” (Surah al-Hujurat : ayat 13). Ayat ini menjelaskan tujuan penciptaan manusia dan ciri-ciri manusia yang hebat di sisi Allah swt. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Aku tidak jadikan manusia dan jin melainkan untuk mereka dapat menyembah dan beribadat kepadaKu” (Surah az-Zariyat : ayat 56). Ini ditegaskan lagi dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak ada  kelebihan  seorang  Arab  dengan  seorang  „Ajam  kecuali  kerana  takwanya”  (diriwayatkan  oleh Bukhari dan Muslim).     Kehidupan  bermasyarakat  di kalangan  manusia  dijelaskan  oleh  sabda  Rasulullah  saw  yang bermaksud: “Orang mukmin itu dengan mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”  (diriwayatkan oleh  Bukhari dan  Muslim). Sabda Rasulullah saw juga yang bermaksud : “Bandingan orang-orang mukmin mengenai kasih sayang mereka, belas kasihan mereka dan timbangrasa mereka adalah laksana sebatang tubuh, jika satu anggota mendapat sakit, maka seluruh anggota yang lain turut merasai sakit  tanpa tidur dan merasa  demam (panas)”  (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Penutup:

    Informasi al-Quran tentang manusia secara umum dan perilaku mereka secara khusus adalah maklumat yang mutlak kebenarannya. Berita itu datang dan berasal daripada Maha Pencipta Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkehendak sesuatu yang berlaku ke atas hamba-Nya. Maka, setiap detik jantung, turun naik nafas, bisikan hati nurani dan perbuatan zahir dan batin semuanya dalam pengetahuan dan kehendak Allah SWT. Semuanya ada dalam pengawasan-Nya. Mana-mana teori yang dikemukakan oleh manusia tentang manusia dan tingkah lakunya dapat diuji kebenarannya dengan al-Quran. Teori yang tidak bercanggah dengan al-Quran, boleh diterima dan teori yang bercanggah dengan al-Quran mesti ditolak dan dibetulkan.Tamadun Islam hanya mampu dicapai sekiranya ia terpancar atas dasar yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Hanya melalui al-Quran dan as-Sunnah segala nilai, prinsip, dasar dan hukum dapat dibangunkan dengan sempurna dan mampu membimbing dan memandu manusia mencapai perkembangan dan kesempurnaan hidup serta menyelesaikan segala persoalan-persoalan yang berlaku. Melalui al-Quran dan as-Sunnah tamadun dapat dibina merangkumi aspek pengabdian yang sebenarnya terhadap Allah swt, segala amalan yang dilakukan berasaskan akidah, nilai kemanusiaan diutamakan daripada nilai kebendaan, mengutuhkan institusi kekeluargaan, setiap individu dapat berfungsi sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan ruang lingkup masing-masing dan kesejahteraan dapat dicapai samada di dunia mahupun di akhirat.  


rujukan:

  • https://www.researchgate.net/publication/279914655_Al-Quran_dan_as-Sunnah_Teras_Ketamadunan_Manusia
  • https://dalamislam.com/landasan-agama/al-quran/fungsi-al-quran-bagi-umat-manusia